CREATE YOUR CREATIVITI

CREATE YOUR CREATIVITI

Sunday 5 April 2015

Realiti keperluan air hari ini

Analisis Rawatan Air
Sebersih Manakah Air Minuman Anda?Kualiti air minuman mempunyai kesan langsung terhadap kesejahteraan kita memandangkan 70% daripada kandungan badan kita ialah H2O. Air memainkan peranan yang sangat penting terhadap hampir keseluruhan fungsi badan, khususnya dalam:o Detoksifikasi badan
o Melicinkan sendi sistem tulang
o Menyokong sistem pencernaan
o Mengawalatur suhu badan
o Menyalurkan nutrien dan oksigen ke sel-sel
Adakah kami sedang minum air yang tercemar tanpa disedari? Air yang tercemar tidak semestinya kelihatan keruh. Hakikatnya, banyak bahan cemar terdapat dalam air yang jernih.
Sumber & Kesan Kesihatan Bahan Cemar dalam Air Minuman
Bahan cemar sering dibahagikan kepada kategori yang berbeza, atau jenis, seperti berikut:o Bahan cemar biologi termasuk "organisma hidup" seperti bakteria, virus, sistas, dll. Mereka bertanggungjawab ke atas kematian berjuta-juta orang setiap tahun.
o Bahan cemar organik termasuk racun serangga, racun rumpai, racun kulat, farmaseutikal, dll. dan ditemui dalam air di seluruh dunia. Mereka boleh menyebabkan, di antaranya, gangguan sistem endokrin, kanser dan kematian.o Bahan cemar bukan organik termasuk pepejal terlarut seperti nitrat, nitrik asbestos, kalsium, magnesium, dll., ditambah dengan logam larut seperti plumbum, arsenik, kadmium, tembaga, dll.o Klorin/Produk Sampingan Disinfeksi, juga dikenali sebagai DBP, termasuk Trihalometana dan Bromida. Banyak daripada kompaun ini telah dikenalpasti baru-baru ini dan dianggap sebagai karsinogenik.
o Bahan cemar estetik ialah jenis yang dianggap tidak mengancam kesihatan, seperti rasa, bau, warna, dll.
Osmosis Songsang
Osmosis Songsang (RO) ialah satu teknologi rawatan umum yang menghasilkan air berkualiti tinggi. Tekanan memaksa air ke arah membran separa-telap untuk menulenkan air pada tahap molekular. RO biasanya mengandungi satu penapis mendapan dan satu penapis karbon teraktif, yang menyingkirkan klorin dan mengurangkan kompaun organik mudah meluap (VOC).
RO adalah berkesan terhadap hampir semua bahan cemar kesihatan dan estetik. Menurut satu laporan kajian terkini oleh Associated Press, RO merupakan satu teknologi yang menyingkirkan hampir semua bahan cemar farmaseutikal, yang mana merupakan bahan cemar paling bahaya dan degil hari ini. Menghasilkan air yang teramat tulen menjadikan sistem ini digunakan secara meluas dalam industri makanan dan minuman. Membran R.O. berbeza dari segi kualiti. Penggunaan pam dalam sistem R.O. boleh meningkatkan tekanan air, yakni membantu sistem tersebut mencapai keberkesanan maksimum. Rongga pada satu sistem/membran RO yang baik adalah sekecil 0.0001 mikron.
Osmosis Songsang menyingkirkan:
o Bahan cemar biologi seperti Bakteria, Virus dan Parasito Bahan cemar organik seperti Racun Rumpai, Racun Serangga dan Ubatan Farmaseutikal/Perubatan
o Bahan cemar bukan organik seperti Debu, Mendapan, Asbestos, Nitrat dan Nitriko TDS seperti Kalsium, Fluorida, Magnesium dan Sodiumo Logam berat seperti Arsenik, Tembaga, Plumbum dan Kadmium
o Ion radioaktif seperti Radium dan Strontium
oProduk Sampingan Disinfeksi seperti Trihalometana
Pendidihan
Mendidihkan air sekurang-kurangnya 10 minit adalah satu metode berkesan untuk membunuh kebanyakan jenis organisma penyebab penyakit yang sering menyebabkan cirit-birit, keletihan, kekejangan dan loya. Walaupun mereka tidak dapat disingkirkan daripada air minuman anda, namun ia tetap membunuh mereka dan memastikan mereka tidak membawakan penyakit.
Bagaimanapun, mendidihkan air tidak menulenkan air kerana ia tidak membekalkan sebarang penjagaan terhadap bahan cemar yang memasuki bekalan air kita, seperti logam berat, racun serangga atau plumbum daripada sistem paip anda. Mendidihkan air juga tidak berkesan terhadap kekeruhan, rasa dan bau yang busuk.
Air Mendidih Membunuh:
o Kebanyakan bahan cemar biologi seperti Bakteria, Virus dan Parasit
Melainkan digunakan bersama metode rawatan air yang lain, air mendidih tidak membunuh/menyingkirkan:
o Sesetengah bahan cemar biologi seperti Cryptosporidium
o Bahan cemar organik seperti Racun Rumpai, Racun Seranggan dan Ubatan Farmaseutikal/Perubatan
o Bahan cemar bukan organik seperti Debu, Mendapan, Asbestos, Nitrat dan Nitrik
o TDS seperti Kalsium, Fluorida, Magnesium dan Sodium
o Logam berat seperti Arsenik, Tembaga, Plumbum dan Kadmiumo Ion radioaktif seperti Radium dan Strontium
o Produk Sampingan Disinfeksi seperti Trihalometana
Karbon Teraktif
Karbon Teraktif boleh didapati dalam bentuk berbutir atau blok pepejal. Juga dikenali sebagai GAC, bentuk karbon ini telah diproses untuk menjadikannya teramat poros dengan satu kawasan permukaan yang sangat besar untuk mengumpul molekul organik pada permukaannya. Disebabkan darjah keporosan-mikro yang tinggi, hanya satu gram karbon teraktif yang berkualiti boleh mempunyai kawasan permukaan lebih kurang 2 gelanggang tenis.
Ia merupakan satu teknologi yang murah dan berkembang baik untuk mengurangkan banyak bahan cemar estetik, dan ia amat efektif dalam mengurangkan sesetengah bahan cemar kesihatan, contohnya kompaun organik mudah meruap seperti benzena dan bahan cemar berasaskan petroleum yang lain. Bagaimanapun, ia tidak berfungsi terhadap alkohol, asid kuat, logam dan kebanyakan material bukan organik seperti besi dan plumbum.
Karbon Teraktif menyingkirkan:
o Kebanyakan bahan cemar organik seperti Racun Rumpai dan Racun Serangga
o Sesetengah bahan cemar bukan organik seperti Debu dan Mendapan
o Produk Sampingan Disinfeksi seperti Trihalometana
Ia tidak menyingkirkan:
o Kebanyakan bahan cemar biologi seperti Bakteria dan Virus
o Bahan cemar bukan organik seperti Asbestos, Nitrat dan Nitrik
o Sesetengah bahan cemar organik seperti Ubatan Farmaseutikal/Perubatan
o TDS seperti Kalsium, Fluorida, Magnesium dan Sodium
o Logam berat seperti Arsenik, Tembaga, Plumbum dan Kadmium
o Ion radioaktif seperti Radium dan Strontium
Sinar Ultraungu
Sinar UV boleh mengganggu DNA organisma mikro seperti bakteria dan virus, yakni melemahkan mereka. Maka mereka tidak dapat membiak.
Salah satu kelemahan UV ialah jika debu atau filem membaluti mentol UV atau jika organisma mikro �bersembunyi� di belakang bahan cemar yang lebih besar, sinar UV yang bergerak lurus akan dihalang, menjejaskan keberkesanannya. UV juga tidak berkesan terhadap bahan cemar bukan biologi seperti plumbum, arsenik, sisa kimia dan ubatan farmaseutikal. Itulah sebab mengapa ia harus digabungkan dengan penapis jenis lain, seperti penapis mendapan dan penapis karbon.
Sistem UV memerlukan penyenggaraan yang berhati-hati.Sinar Ultraungu adalah efektif terhadap:
o Bahan cemar biologi seperti Bakteria, Parasit dan VirusMelainkan digunakan bersama metode rawatan air yang lain, sistem sinar UV adalah tidak efektif terhadap:
o Bahan cemar organik seperti Racun Rumpai, Racun Serangga dan Ubatan Farmaseutikal/Perubatan
o Bahan cemar bukan organik seperti Debu, Mendapan, Asbestos, Nitrat dan Nitrik
o TDS seperti Kalsium, Fluorida, Magnesium dan Sodium
o Logam berat seperti Arsenik, Tembaga, Plumbum dan Kadmiumo Ion radioaktif seperti Radium dan Strontium
o Produk Sampingan Disinfeksi seperti Trihalometana
Ozon
Satu penjana ozon mengubah sesetengah oksigen yang terdapat dalam udara kepada O3, atau ozon. Buih tepu-ozon dapat bercampur dengan air dan satu atom oksigen yang lemah dalam setiap molekul O3 terlekat pada molekul organik dalam air dan mengoksidakannya dalam satu cara yang serupa dengan pengklorinan.
Ozon adalah berkesan dalam merawat patogen seperti bakteria coliform dan legionella, tapi ia tidak berkesan terhadap sista bercengkerang-keras seperti Cryptosporidium atau Giardia lamblia tanpa menggunakan masa hubungan dan konsentrasi yang tinggi. Memandangkan ozon biasanya berkesan terhadap bahan cemar biologi, ia harus sentiasa bergabung dengan satu sistem penapisan yang berasaskan karbon, berasaskan pasir atau berasaskan media yang lain untuk menyingkirkan jenis bahan cemar yang lain.
Ozon menyingkirkan:
o Kebanyakan bahan cemar biologi seperti Bakteria, Parasit dan Virus
Melainkan digunakan bersama metode rawatan air yang lain, sistem ozon adalah tidak efektif terhadap:
o Sesetengah bahan cemar biologi seperti Sista bercengkerang-keras
o Sesetengah bahan cemar organik seperti Racun Rumpai, Racun Seranggan dan Ubatan Farmaseutikal/Perubatan
o Bahan cemar bukan organik seperti Debu, Mendapan, Asbestos, Nitrat dan Nitrik
o TDS seperti Kalsium, Fluorida, Magnesium dan Sodium
o Logam berat seperti Arsenik, Tembaga, Plumbum dan Kadmium
o Ion radioaktif seperti Radium dan Strontium
o Produk Sampingan Disinfeksi seperti Trihalometana
Penyulingan
Penyulingan menghasilkan air rawatan yang berkualiti tinggi dengan memanaskan air sehingga ia bertukar menjadi stim. Stim berkenaan melalui satu lingkaran penyejatan, di mana ia disejukkan dan disejatkan semula kepada bentuk cecair. Air yang tersejat pada seksyen kedua biasanya bebas daripada bahan cemar.
Penyulingan membekalkan keberkesanan berdarjah tinggi terhadap suatu lingkungan luas bahan cemar kesihatan tetapi ia tidak berkesan terhadap VOC seperti benzena dan radon, yang memberikan wap berbahaya yang dapat bergerak melalui sistem dengan stim. Memerlukan tenaga tinggi, masa penghasilan yang agak panjang dan perlu menggunakan bahan kimia kuat untuk membersihkan lingkaran pemanasan mungkin merupakan faktor-faktor yang kurang menggalakkan penggunaannya.
Penyulingan menyingkirkan:
o Bahan cemar biologi seperti Bakteria, Parasit dan Virus
o Bahan cemar bukan organik seperti Debu, Mendapan, Asbestos, Nitrat dan Nitrik
o TDS seperti Kalsium, Fluorida, Magnesium dan Sodium
o Logam berat seperti Arsenik, Tembaga, Plumbum dan Kadmium
o Ion radioaktif seperti Radium dan Strontium
Ia tidak menyingkirkan:
o Bahan cemar organik seperti Racun Rumpai, Racun Seranggan dan Ubatan Farmaseutikal/Perubatan
o Produk Sampingan Disinfeksi seperti Trihalometana
Penapisan
Penapisan menyingkirkan bahan cemar secara fizikal, namun keberkesanannya bergantung pada saiz mikron penapis.
a) Metode: Penapisan Partikel (dari 1 ke 100 mikron)
Penapisan Jenis-Katrij digunakan untuk menyingkirkan mendapan melalui penggunaan satu material penapis:
o Selulosa jimak terlipat (20 mikron) � menyingkirkan debu, karat, sisik dan kelodak halus
o Fabrik sintetik terlipat (dari 1.0 ke 100 mikron) � menyingkirkan tanah liat, kelodak halus dan partikel bersisik
o Fiber lilitan-tali (dari 0.5 ke 100 mikron) - dapat menyingkirkan butiran kasar tidak larut ke butiran halus bergantung kepada saiz mikron
o Penapis tersimpan - dapat menyingkirkan butiran berbeza bergantung pada jenis mikron � halus, sederhana atau kasar
b) Metode: Penapisan Mikro (dari 0.2 ke 5 mikron)
Penapisan Mikro menggunakan sejenis penapis untuk mencegah secara fizikal bahan cemar biologi seperti sista protozoa dan bakteria (tetapi tidak menyingkirkan virus) daripada melepasi. Karbon seramik dan blok pepejal biasanya digunakan untuk membekalkan penapisan mikro.
Penapis seramik boleh selalu dibersihkan dan digunakan semula untuk beberapa kali sebelum hilang keberkesanan manakala blok karbon biasanya perlu dibuangkan selepas setiap penggunaan. Bagaimanapun, blok karbon membekalkan rawatan tambahan untuk sesetengah bahan cemar berkaitan-kesihatan dan estetik
Ion Alkali
Juga dikenali sebagai pengion air, mesin air mikro atau mesin air distruktur semula. Ia sebenarnya mesin elektrolisis. Semasa elektrolisis, air dibahagikan kepada alkali asid dengan mengeksploitkan caj elektrik ion kalsium dan magnesium yang hadir dalam hampir semua sumber air minuman.
Sesetengah pihak menuntut bahawa minum air beralkali akan membantu mengekalkan cecair badan pada pH optima, yakni membekalkan banyak manfaat kesihatan. Namun, ini tidak dibuktikan secara saintifik. Sebenarnya, dikatakan bahawa pH air minuman hampir tidak ada kesan pada pH cecair badan memandangkan ia akan dineutralkan oleh cecair gastrik dalam perut yang mempunyai pH asid yang tinggi. Air alkali yang dapat mempengaruhi pH gastrik tidak boleh diminum dan mungkin akan mengganggu pencernaan.
Satu sistem Ion-Alkali tidak dapat menyingkirkan sebarang bahan cemar. Penyingkiran bahan cemar bergantung pada kualiti pra-penapisnya.
Ia tidak menyingkirkan:
o Bahan cemar biologi seperti Bakteria, Parasit dan Virus
o Bahan cemar organik seperti Racun Rumpai, Racun Seranggan dan Ubatan Farmaseutikal/Perubatan
o Bahan cemar bukan organik seperti Debu, Mendapan, Asbestos, Nitrat dan Nitrik
o TDS seperti Kalsium, Fluorida, Magnesium dan Sodium
o Logam berat seperti Arsenik, Tembaga, Plumbum dan Kadmium
o Ion radioaktif seperti Radium dan Strontium
o Produk Sampingan Disinfeksi seperti Trihalometana


No comments:

Post a Comment